27 August 2012

LAPAN PANDUAN BAGI MEMBANTU MENJANA PENDAPATAN SAMPINGAN

 
1) MENGAJAR

Setiap manusia mempunyai kemahiran tersendiri. Lebih baik sekiranya kemahiran dimiliki digunakan untuk mengajar orang lain demi kebaikan bersama.

Secara tidak langsung ia dapat membantu untuk menjana pendapatan sampingan. Selain itu, anda juga boleh menjadi jurulatih atau memberi khidmat nasihat mengikut kepakaran yang dimiliki.

 
2) PENULISAN

Mungkin anda seorang yang suka untuk meluahkan sesuatu pendapat melalui penulisan, Pada zaman Internet kini, la lebih memudahkan anda untuk menjana pendapatan sampingan melalui hasil karya, Misalnya, anda boleh menjana pendapatan melalui blog yang dibina sendiri ataupun menjadi penulis jemputan untuk laman web.

3) PERCAKAPAN

Sekiranya anda merasakan dengan hanya bercakap mampu untuk mempengaruni orang lain, cari pekerjaan yang bebas untuk dilakukan seperti ejen menjual Insurans.

4) JUAL BARANGAN YANG TAK DIGUNAKAN 

Sekiranya anda memiliki barangan yang sudah tidak dipakai namun masih elok, lebih baik dijual berbanding menyimpannya, la juga secara tidak langsung akan membantu anda untuk menjana pandapatan sampingan.

5) MEMASAK ADALAH SATU KEMAHLIRAN YANG KINI MENDAPAT PERMINTAAN TINGGI

Sekiranya anda mempunyai kemahiran ini, tiada masalah untuk menjana pendapatan sampingan jika bijak mencari peluang.


5) SEWA

Sekiranya anda memillki banyak aset berharga yang mungkin orang lain tidak mampu, memberi khidmat sewaan adalah idea bijak untuk manambah lagi sumber pendapatan.

6) MENAWARKAN PERKHIDMATAN

Mungkin kini ramai yang minat untuk berkabun tetapi tidak banyak yang suka untuk menguruskannya. Tawarkan parkhidmatan yang sering mandapat permintaan daripada orang ramai.

8) TEKNOLOGI

Sekiranya anda mempunyai kemahiran teknologi membina laman web atau grafik, gunakan kemahiran yang ada untuk menambah sumber pendapatan anda.

Analisa setiap panduan. Pilih yg paling anda minati. Ambil kursus dan bekerja beberapa bulan di situ bagi mencari kesesuaian dgn diri anda sebelum membuat keputusan.

Sumber : Facebook Datuk Maznah Hamid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog