12 August 2012

Nuffnang dan Tips Mendapat Buffered Earning

Nuffnang adalah komuniti pengiklanan blog yang pertama dan terbesar di negara Asia Pasifik seperti Singapura, Malaysia, Filipina dan Australia. Nuffnang diasaskan oleh Timothy Tiah dan Cheong Ming Shen pada Februari 2007. Terdapat lebih 1 juta blog di bawah seliaan Nuffnang dan telah berjaya menjadi hos kepada pelbagai 'blogger events'.

Iklan Nuffnang menyerupai iklan Google Adsense tetapi iklan Nuffnang hanya tertumpu kepada blog sahaja. Jadi anda perlu mempunyai blog terlebih dahulu sebelum berdaftar dengan Nuffnang.

Cara Mendapat 'Earning' dari Nufnang

Sila daftar blog/domain di blogspot atau wordpress. Kemudian barulah mendaftar di Nuffnang Malaysia  jika anda menetap di Malaysia.

Kemudian lengkapkan biodata  diri anda dan informasi tentang blog anda. Lengkapkan survey bagi memudahkan advertiser meletakkan pilihan iklan yang sesuai di blog anda.

Kemudian pilih jenis iklan untuk diletakkan di blog. Ada 3 jenis iklan iaitu :

1. Leaderboard (728 x 90)
2. Skyscraper (160 x 300)
3. Large Rectangle (336 x 280)

Terdapat 2 jenis Earning Nuffnang iaitu :

1. Metered Earning (CPM) - Iklan diletakkan di blog pada tempoh tertentu dan blogger mendapat earning dari traffik ke blog (cost per impression) dan CPUV (Cost-per-unique-visit)


2. Campaign Earning (Cost per Click) - Blogger dibayar bergantung kepada iklan yang ditetapkan pada amaun yang tertentu pada tempoh yang pendek sahaja. Earning berdasar jumlah cost per unique-click yang dibawa oleh unique-visitor tadi dan Bonus Click-Through-Ratio (CTR).

Apa itu bonus CTR: Diberi sebagai bonus ganjaran kepada blog yang mempunyai prestasi cost per click yang baik iaitu  0.2% CTR atau lebih tinggi.

Earning Nuffnang akan dibayar melalui cek.

Tips mendapat Buffered Earning (BE) Nuffnang

1. Traffik Blog Tinggi 


Anda memerlukan traffik tinggi iaitu ramai pelawat ke blog anda untuk mendapatkan BE. Untuk mendapatkan traffik tinggi memerlukan content blog yang bagus.

2. TraffiK Blog Rendah 

Ada juga berpendapat, BE ini hanya untuk blog yang mempunyai traffik rendah.

3. Peletakan Iklan

Letakkan unit iklan di tempat yang sepatutnya, iaitu di tempat yang mudah dan senang dilihat oleh pelawat.

- Iklan Leaderboard sepatutnya diletakkan di bahagian atas blog iaitu di Header bukan di footer
- Iklan Skycraper pula patut diletakkan di bahagian pertama SIDEBAR dan bukan tempat lain
- Iklan Large Rectangle sepatutnya diletakkan betul-betul di bawah post pertama anda. 

Jika anda tidak mengikut garis panduan yang dinyatakan, maka ia akan mempengaruhi Advertiser.

4. Jumlah dan jenis iklan yang dipilih

Seperti yang dijelaskan tadi, ada 3 jenis iklan Nuffnang. Jadi jika memilih cuma 2 iklan untuk diletakkan di blog maka Advertiser mempunyai pilihan iklan yang terhad untuk blog anda. Manakala iklan jenis Large Rectangle dikatakan mendapat CTR yang lebih tinggi. Jadi anda amat digalakkan memilih jenis  Large Rectangle untuk blog anda.

5. Sasaran Pembaca

Advertiser juga meletakkan iklan berdasarkan content blog iaitu sasaran pembaca blog. Jika content blog menepati kehendak produk Advertiser maka lebih banyak iklan yang berkaitan content blog dapat diletakkan oleh Advertiser.

6. Glitterati

Status glitterati memainkan peranan penting juga, yang mana blogger yang loyal dengan Nuffnang dan tidak meletakkan iklan selain dari iklan Nuffnang akan diberi lebih banyak iklan dari Advertiser.

7. Kemaskini Survey

Anda perlu sentiasa mengemaskini survey yang berkaitan dengan blog anda. Jawablah dengan sebaik-baiknya kerana jawaban anda menentukan jumlah dan jenis iklan dari Advertiser. Description blog anda ialah bahagian survey yang paling penting. Jadi sila tulis description mengenai blog anda dengan lengkap, dengan menggunakan keywords yang sesuai dan sebaik-baiknya guna semua 100 patah perkataan yang ditetapkan.

8. Backlink kepada Nuffnang 


Antara Rahsia mendapat buffered earning Nuffnang adalah memberi backlink kepada Nuffnang. Jadi buatlah sekurang-kurangnya satu posting di blog anda berkenaan Nuffnang seperti posting ini dan beri backlink kepada mereka.

9. Tulis post atau buat review produk yang berkaitan dengan iklan Nuffnang 


Setiap kali iklan dari Nuffnang keluar, sila buat review berkenaan produk tersebut. Ini akan meningkatkan CTR pada iklan Nuffnang kerana iklan berkaitan dengan content blog.

Boleh juga membuat blog khusus yang berkaitan dengan niche iklan Nuffnang. Di bahagian Survey ada dinyatakan beberapa bahagian kategori, buatlah blog atau subdomain menggunakan kategori-kategori itu dan tulis artikel yang berkaitan dengannya. 

Sebagai contoh: Jika blog anda terlibat dengan bisnes online, buatlah artikel berkenaan bisnes sahaja. Sekali lagi content memainkan peranan. Content yang baik akan meningkatkan traffik, sekaligus meningkatkan CTR kepada iklan Nuffnang.

10. Email Pihak Nuffnang 


Sekiranya segala perkara sudah dibuat dan blog anda sudah layak mendapat BE, sila hantar email kepada pihak Nuffnang menyatakan kelayakan blog  anda untuk menerima BE. 

Sumber : afiffuddin.com dan squidoo.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog