07 September 2012

25 destinasi gamit pelancong


CANTIK...Boracay terkenal dengan pantainya yang mempesona.

JOM bercuti! Saat pelawaan itu diberikan, hati pasti berbunga terutama apabila kerja yang bertimbun dan meletihkan selesai dilaksanakan.

Namun, ke mana destinasi yang mahu dituju?


UNIK...Halong Bay di Vietnam yang menjadi tumpuan pelancong. 


BERSEJARAH...Tembok Besar China antara tempat wajib dikunjungi ketika berkunjung ke Beijing.


BERWARNA-WARNI...panorama Hong Kong Skyline pada waktu malam.


TERPUKAU...beribu-ribu pintu merah torii dapat dilihat di Fushimi Inari Shrine, Kyoto, Jepun.

Jika merancang bercuti tetapi tidak tahu di mana destinasi percutian yang mahu dikunjungi, Santai menyenaraikan 25 destinasi popular di Asia pilihan pelancong 2012. - Sumber tripadvisor.com.my

Siem Reap, Cambodia


Kebanyakan pelancong ke Siem Reap kerana ia bandar paling dekat dengan Angkor Archeaological Park.

Bagaimanapun, dengan pelbagai hotel, restoran serta kelab malam, Siem Reap menjadi pilihan ramai pelancong.

Selain Angkor Archeaological Park, lokasi lain termasuk Angkor Wat, bayon Temple dan Ta Prohm.

Beijing, China

Summer Palace, Forbidden City dan Temple of Heavan. Ia antara tarikan pelancongan yang tidak tergambar dengan kata-kata.

Anda juga akan mendapati seni bina kontemporari yang menakjubkan di Beijing dan lawatan anda ke situ pastinya tidak lengkap tanpa ke Tembok Besar China.

Jangan lupa berkunjung ke Tembok Besar di Mutianyu, Summer Palace (Yiheyuan) dan Beihai Park (Beihai Gongyuan).

Shanghai, China


Shanghai adalah bandar moden yang sejuk dan penuh dengan tenaga. Minum dan menari sepanjang malam atau menyertai keramaian di Dataran Rakyat.

Lokasi lain yang boleh dikunjungi adalah The Bund (Wai Tan), Garden of Contentment (Yu Yuan Garden) dan Shanghai Maglev.


Chiang Mai, Thailand


Luangkan masa di Chiang Mai dengan melawat tempat bersejarah, menikmati makanan lazat di tepi jalan, mandi atau memberi gajah makan.

Chiang Mai juga terkenal di kalangan pelancong sebagai tempat hebat mengambil kelas memasak. Jangan lupa berkunjung ke Elephant Nature Park, Wat Chedi Luang dan Wat Phra That Doi Suthep.

Male


Male adalah ibu kota Pulau Maldives yang dikelilingi lautan membiru.
Membeli-belah di pasar Male menjanjikan produk segar termasuk cenderamata tempatan antaranya ukiran kayu, replika bot kecil.

Air lautnya yang membiru pasti menarik perhatian peminat skuba dari seluruh dunia meneroka dasar lautnya. Anda juga boleh mengunjungi Hukuru Miskiiy (Lama Friday Mosque), pasar Ikan Male, dan Muzium Nasional.

Goa, India


Goa di India terkenal dengan pantai menarik. Anda mungkin dapat melihat ikan lumba-lumba bermain di luar pesisir pantai atau berbaring di atas pasir pantai putih.

Untuk pengalaman unik, berkunjung ke Pantai Sinquerim sekitar jam 2 pagi bagi melihat keindahan bulan mengembang.

Lokasi lain yang menarik ialah Pantai Angonda, Old Goa dan Pantai Cavelossim Goa.

Boracay, Filipina


Dengan hanya 7.2 kilometer panjang, Boracay sangat kecil untuk diterokai dengan basikal atau motosikal.

Namun, jangan pandang ia sebelah mata kerana walaupun saiznya kecil, terdapat beberapa pantai yang cantik.

Pantai Yapak dikenali dengan cengkerang putih, White Beach untuk melihat matahari terbenam dan Pantai Balinghai sesuai bagi anda yang ingin berbulan madu.

Jika datang ketika musim panas, ia adalah salah satu destinasi pantai terbaik di dunia.

Hong Kong, China

Hong Kong adalah sebuah bandar besar yang sesuai bagi penggemar makanan.
Pelbagai jenis makanan yang boleh dinikmati di sepanjang jalan.

Hong Kong juga terkenal dengan pelbagai tarikan menarik antaranya Hong Kong Skyline, Victoria Peak, Star Ferry Pier dan Ngong Ping.

Hanoi, Vietnam

Selami sejarah yang mengagumkan di Hanoi. Lihat sendiri keindahan seni bina kolonial menerusi Old Quarter yang masih tersergam indah walaupun dikelilingi kemodenan.

Walaupun ia kini semakin membangun, masa lalunya tidak dilupakan begitu saja dengan adanya tapak seperti Makam Ho Chi Minh dan Penjara Hoa Lo.

Kathmandu, Nepal

Kathmandu, ibu kota Nepal dikelilingi lembah yang penuh dengan tempat bersejarah, kuil purba, kuil dan kampung menarik.

Beramah mesra dengan penduduk tempatan di tengah monumen Durbar Square atau menyertai pengembaraan gunung di daerah Thamel pasti mengujakan.

Meneroka kedai yang menjual hasil kerja tangan penduduk tempatan seperti permaidani juga pasti menarik di sini.

Kyoto, Jepun

Kyoto mempunyai banyak kuil dan taman menarik dan sering dianggap sebagai salah satu bandar paling indah di dunia.

Berkunjung ke Fushimi Inari Shrine, anda akan melihat beribu-biru pintu Torii merah yang kecil.

Antara tempat menarik lain di Kyoto adalah Golden Pavilion (Kinkaku-ji) dan Istana Nijo.

Tokyo, Jepun


Tokyo bandar moden dan kosmopolitan dengan bangunan pencakar langit, pelbagai kedai elektronik, kompleks beli-belah yang besar dan kelab malam.

Namun, Tokyo kaya dengan sejarah dan tradisi, kuil, sushi dan mee, ryokans (rumah tamu) dan banyak lagi.

Berpuluh-puluh muzium terdapat di bandar ini terdiri daripada tradisional iaitu seni dan sejarah hinggalah ke muzium yang luar biasa (parasit).

Tempat yang mesti di kunjungi adalah Muzium Nasional Tokyo, Shinjuku Gyoen National Garden dan Kuil Sensoji.

Singapura


Singapura dikenali sebagai bandar raya metropolis yang bersih dan selamat.
Berkunjung ke sini, usah meludah sesuka hati kerana anda boleh dikenakan hukuman berat.

Singapura juga dikenali kota Singa yang memiliki banyak tempat untuk membeli-belah dan tapak bersejarah di Thian Hock Keng.

Tarikan pelancongan lain termasuk Zoo Singapura, Taman Botani Singapura dan Muzium Nasional Singapura.

Ubud, Indonesia


Ubud adalah rumah buat keluarga diraja Bali. Walaupun ia hanya sebuah bandar kecil, ia mempunyai banyak muzium dan galeri serta seni yang berkembang maju.

Anda juga boleh belajar kraf, melawat salah satu spa yang banyak di Ubud atau pusat yoga dan memberi monyet makan di Monkey Forest.

Hoi An, Vietnam


Menjadi perhentian biasa untuk Backpecker, Hoi An kini terkenal di kalangan pelancong. Pada hari ke-14 setiap bulan lunar, bandar itu akan diterangi lampu berwarna-warni.

Pemandangan termasuk Japanese Covered Bridge dan Quan Cong Temple pasti membuatkan anda teruja.

Mahukan kelainan, biarkan tukang jahit pakar di bandar itu menjahit beberapa pakaian buat anda. Ingin berjalan lagi di bandar Hoi An, Rumah Lama Tan Ky dan Pulau Cham (Cu Lao Cham) lokasi yang boleh dilawati.

Luang Prabang, Laos


Laung Prabang adalah tapak warisan dunia yang dulunya bekas ibu negara Laos.
Antara yang menarik termasuk Kuang Si Falls, Gunung Phousi dan Gunung Phousi.

Xi’an, China

Jangan lepaskan peluang berkunjung ke Muzium Sejarah Shaanxi atau berendam dalam air panas di Huaqing Hot Springs.

Dayan Pagoda Utara Square dan Xi’an City Wall (Chengqiang) juga menanti anda dengan pelbagai tarikan menarik.

Ko Phi Phi Don, Thailand

Nikmati keindahan pulau batu kapur yang masih terpelihara, pantai yang belum tercemar dan aktiviti snorkeling bagi peminat menyelam.

Puas berendam, rehatkan minda dengan sesi yoga di pantai pasti mendamaikan.
Tarikan pelancongan lain termasuk di Ko Phi Phi Le, Ao Ton Sai dan Blue View Divers.

Taipei, Taiwan

Berkunjung ke Taipei, anda dapat melihat zaman purba dan moden iaitu karya seni abad ke-10 di Muzium Istana Negara dan zaman moden di Taipei 101, bangunan tertinggi di dunia.

Jika gemar makanan, Taipei terkenal dengan kacang tanah arang buluh.

Lokasi lain termasuk New Bei Tou Hot Spring dan Long Shan Temple.

Koh Tao, Thailand

Teluk Thailand yang tenang dan dikelilingi pokok palma. Ko Tao mengambil nama penyu yang banyak di persisiran pantai.

Pasir pantai yang memutih dilindungi bukit-bukau yang curam dan ada hanya dapat dihubungi menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Seoul, Korea Selatan

Seoul adalah lokasi untuk membeli-belah terkemuka dan canggih selain memiliki kuil kuno. Ia juga memiliki banyak tempat bersejarah, antaranya Memorial Perang Korea, Muzium Nasional Korea dan Changdeokgung Palace.

Ho Chi Minh City, Vietnam

Ia adalah bandar terbesar di Vietnam. Di sini, anda berpeluang melihat seni bina kolonial Perancis yang tersergam indah di tengah bandar.

Berkunjung ke Muzium Peninggalan Perang memberi peluang melihat Perang di Vietnam satu ketika dulu.

Teruskan lawatan anda di Ho Chi Minh ke Muzium Peninggalan Perang (Nha Trung Bay Toi Ac Chien Tranh), Bitexco Financial Tower Skydeck dan Cao Dai Temple.

New Delhi, India


New Delhi adalah bandar metropolis moden yang menarik. Ia kaya dengan sejarah dan budaya.

Dari rumah Gandhi Delhi kepada makam Humayun, kompleks bangunan Mughal memperingati Taj Mahal dan banyak lagi yang menanti anda.

Kesibukan trafik serta kepadatan penduduknya memberikan pengalaman yang berbeza buat pelancong.

Varanasi, India

Bandar Utara India, Varanasi atau Benares ini dianggap tempat suci penganut Hindu, Buddha dan Jains. Terletak di lembah Ganga yang subur dan tebing Sungai Ganga, ia menjadi tempat ziarah penganut Hindu untuk mandi di sungai suci.

Varanasi juga adalah pusat tenunan sutera. Jangan lupa tawar menawar di bazar untuk mendapatkan beberapa cenderamata yang cantik dengan harga terbaik.

Halong Bay, Vietnam

Kebiasaannya pelancong berkunjung ke Halong Bay untuk melihat lebih dekat pulau batu kapur yang menakjubkan, pembentukan batu dan gua.

Terhasil oleh angin dan air selama berabad-abad lamanya, apa yang dilihat pasti membuatkan anda terpegun.

Jangan lepaskan peluang menyewa kayak atau bot ringan atau meneroka gua di pulau ini. 

Oleh Suliati Asri (suliati@hmetro.com.my)

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/05 
-------------------------------------------------------------
How come Malaysia tidak tersenarai? Check tempat yang sesuai  untuk dilawati di Tourism Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog