06 September 2012

Rose Rose I Love You

 

 

Saya agak frust hari ini sebab permohonan saya untuk 'listing' blog ini di salah satu Website Directory telah ditolak. Tentunya sebab blog saya ini tidak 'in-English' 100%. Nasib baik blog satu lagi iaitu Kompilasi Tips Untuk Bisnes Offline dan Online boleh listing.

Untuk menghiburkan hati, kena fikir apa yang kita sukakan? Apa yang saya suka? Gardening, internet, baca majalah resepi, laman, dekorasi dan sebagainya boleh menghilangkan stress. Yalah, bila dah buat apa yang kita suka, mana nak stress kan....

Cantik tak bunga rose kat atas tu? Saya merupakan peminat bunga rose. Agak banyak juga  bunga rose yang menjadi koleksi. Kebanyakannya saya beli anggaran RM10-RM20 sepasu. Ada yang diberi oleh kawan-kawan  saya di Cari Forum. Ada yang saya semai sendiri. Saya paling suka bunga rose putih. Ini gambarnya....


 


Mula-mula dahulu agak sukar untuk saya menjaga pokok bunga rose, mahupun menyemainya. Tangan Panas kata orang! Walau bagaimanapun, sekarang keadaan dah berubah.....Saya dah boleh dianggap berjaya dalam penanaman bunga rose sebab tiada pokok mati akibat terlebih jaga. Malah kalau semai pun insyaallah hiduplah. 

Tips saya senang jer...Untuk yang tangan panas, perlu semai dalam polibeg/bekas yang anda tak mahu guna lagi/pasu baru beli pun boleh, letak kat celah-celah pasu bunga lain, biarkan....jangan sentuh-sentuh, pandang jauh-jauh jer. Siram pun ala-ala basah jer sebab sudah kena tempias bila siram pokok lain. 

Yang pasti mesti letak direct bawah sinaran matahari (lindung dgn pokok lain sahaja), mesti siram jika hari tidak hujan dan jangan sentuh-sentuh. Ini kerana bila saya letak polibeg semaian di bawah bumbung/shading, masalah tanah terlebih lembap terjadi. Jadi anak pokok rose senang mati akibat kena kanker batang. 

Pokok rose dewasa pula WAJIB diletak direct bawah panas matahari juga supaya ia cepat berbunga. Tanah pun bila disiram cepat kering dan tidak terlebih lembap yang boleh membuatkan kulat/bendasing/bakteria membiak.

 


 


Ada lagi koleksi saya tetapi tiada gambar yang jelas, maklumlah snap pakai fon murahan jer.  Semalam baru order di facebook sepokok lagi bunga ros putih kampung...Ini link tempat saya beli, banyak variety rose yang sukar dijumpai di Malaysia ada di sini. Ia closed group but for roses fans you all are invited to join Roses Forever

Oh ya....sini link blog tentang bunga ros milik kawan saya, Raf. Ada banyak tips untuk menjaga pokok bunga ros agar cun-melecun dari pucuk sampai ke hujung akar. Boleh dapat info di Rosa Sifu

Tips mudah untuk tanam cutting roses  

 

Quick Tips to Grow Roses from Cuttings Successfully

Growing roses from cuttings can be challenging. There are several principles in doing this in order for you to grow roses from cuttings successfully.


Things that you need:


- A healthy rose plant
- Small pots (4 inches)
- potting soil
- rooting hormone
- Spray bottle
- Pencil
- Clippers
- Large plastic bag

Steps:

1. Prepare first your potting soil and potting container.
2. Cut a section in the stem of the healthy rose plant, about 6 inches long. As a tip, choose the mature stem with a bud that is about to open and it should have mature leaves in that stem.
3. Only 2 to 3 leaf joints should be visible on the stem. Remove other leaves in the lower part.
4. Dip the tip of the end of the stem in the rooting hormone for fast development of roots.
5. Poke the soil in the pot using the pencil and then slowly insert the stem if the rose. Poking before inserting the stem is much preferable than directly pushing the stem through the soil to avoid stripping away the nutrients it needs to develop its own roots.
6. Firm the soil
7. To retain moisture, cover the pot with the rose cutting with plastic bag. It serves as the greenhouse for the plant to retain the moisture while the roots are developing.
8. Place it away from the direct sunlight.


(Lupa pulak source dari mana, yg pasti ambik tips dari facebook)

Happy Gardening! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog