10 November 2012

Simpanan Bonanza SSPN-i PTPTN

  

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.

Selain menjanjikan pulangan dividen tahunan, SSPN-i turut menyediakan insentif kewangan khas dalam bentuk Geran Sepadan atau Matching Grant khusus kepada pendeposit yang berpendapatan rendah tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.

Di samping itu, manfaat perlindungan takaful dan bayaran khairat kematian disediakan secara percuma kepada semua pendeposit yang layak tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.

Syarat Penyertaan Terbuka kepada semua warganegara Malaysia. 
Menabunglah dengan PTPTN melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i). 

 

Antara keistimewaan SSPN-i adalah seperti berikut:  
  1. Layak memohon pembiayaan pendidikan PTPTN;
  2. Pelepasan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM3,000.00 setahun;
  3. Perlindungan Takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas*;
  4. Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak**;
  5. Simpanan serendah RM20.00 pada bila-bila masa dan dijamin oleh Kerajaan;dan;.
  6. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
* Perlindungan Takaful berupa manfaat dan/atau khairat kematian hanya layak untuk pendeposit yang berumur 18 hingga 65 tahun. Sementara penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun hanya layak mendapat khairat kematian jika berlaku kematian keatasnya. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.

** Keluarga yang berpendapatan bulanan (gaji pokok) tidak melebihi RM2,000 sebulan layak dipertimbangkan pemberian Geran Sepadan apabila anak diterima dan mendaftar masuk ke IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan.
   


 

Promosi Simpanan Bonanza diadakan sebagai salah satu kaedah mempromosikan produk SSPN-i

Siri Pertama Simpanan Bonanza! SSPN-i sudah berakhir dan pemenang - pemenang sudah diketahui. Teruskan penabungan dalam SSPN-i bagi hadiah Simpanan Bonanza Siri Kedua yang bermula 23 September 2012 sehingga 23 Disember 2012.

Hanya depositkan RM100 dalam akaun SSPN-i melalui Bank Islam sekurang-kurangnya 30 hari dan anda berpeluang memenangi RM100,000! Mudah sahaja, bukan? 

Simpanan Bonanza SSPN-i sedang menunggu anda. Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan akaun anda untuk RM100,000 sekarang juga!

Tertakluk kepada terma dan syarat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog