08 June 2023

Pisang Empat Puluh Hari/Pisang Boyan

Pokok pisang yang pertama saya tanam ialah Pisang Empat Puluh Hari atau ada yang menyebutnya Pisang Boyan. Popular ditanam di sebelah Johor.

Gambar Pisang Empat Puluh Hari tu macam ni :


Buah pisang merekah atau pecah sebab waktu tu cuaca panas sangat.

Sebenarnya aktiviti menanam pisang ni baru jer lagi. Saya memang minat gardening sejak dulu lagi terutama menanam pokok bunga. 

Kemudian mula tanam pokok jenis herba dan sayur. Pokok buah tak banyak mana sebab tidak ada tanah. Sekadar tanam pokok buah dalam pasu/tong cat besar sahaja. 

Tahun lepas, setelah berpindah ke rumah baru, adalah serba sedikit tanah untuk bercucuk tanam 'direct' atas tanah. Maka dapatlah merealisasikan impian saya untuk menanam pokok pisang.

Sulur atau anak pokok :




Pisang ni senang nak jaga, cepat berbuah, dalam setahun senang - senang boleh harvest 2x setahun.

Pokoknya pun rendah, boleh capai tangan jer tandannya. Rasanya pada saya macam rasa Pisang Emas. Rupanya pun lebih kurang.

Kalau sesiapa berminat untuk membeli benih Pokok Pisang Empat Puluh hari ni, boleh beli kat link shopee  ni.





27 May 2023

Sistem Pusingan Tanaman atau Crop rotation

Pusingan Tanaman atau Crop Rotation ialah sistem tanaman yang sudah wujud lama, hampir seusia dengan kewujudan asal makanan itu sendiri. Jika sistem ini diamalkan setiap tahun, ia akan meningkatkan kualiti tanah dan produktiviti tanaman.

Pusingan tanaman memberi manfaat kepada tanah dan tumbuhan dalam tiga cara utama:

- Ia membantu mengekalkan dan mengimbangi kesuburan tanah kerana tanaman yang berbeza akan mengambil nutrien daripada tanah pada waktu yang berbeza.

– Ia boleh membantu mengawal rumpai, contoh tanaman seperti kentang dan labu yang mempunyai daun yang lebat dan rimbun yang menutupi tanah.

- Ia juga membantu mencegah perosak dan penyakit daripada berkembang biak di dalam tanah.

Tidak sukar untuk kita menyediakan sistem kitaran tanaman tiga atau empat tahun. Mulakan dengan mengatur tanaman yang anda rancang dalam bentuk kumpulan :

– brassicas (termasuk sawi, kubis, taugeh, kohlrabi dan lobak),

– kekacang, bawang besar, bawang merah dan bawang putih,

– keluarga kentang (termasuk tomato, lada dan terung) dan

– sayuran akar (lobak merah, parsnip, saderi, celeriac, pasli dan ubi bit).

Apabila anda menyemai, tanaman bebawang dan jenis ubi/akar boleh ditanan bersama-sama dan jika anda pilih sistem tiga tahun, tanaman jenis kekacang boleh ditanam dengan mereka juga. 

Berikut ialah contoh sistem pusingan empat tahun yang mudah.

Jika tanam dalam pasu, basuh pasu pada akhir setiap musim untuk mengelak perosak dan penyakit, dan gantikan kompos atau tanah yang baru.

Sumber : internet


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (PBAKL2023)


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (PBAKL2023) dijadualkan pada cuti sekolah tahun ini bermula pada 26 Mei hingga 4 Jun 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).  

Pelbagai aktiviti menarik diatur oleh penganjur dan peserta Pesta Buku dari 10 pagi hingga 10 malam. 

Oleh itu, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi acara ini.

Untuk kesenangan pengunjung, Stesen LRT PWTC mula beroperasi semula dari stesen Bandaraya. 

Manakala pengunjung boleh meletakkan kereta di tapak lama Hentian Putra di hadapan WTCKL dengan bayaran masuk sebanyak RM3 sahaja.

14 May 2023

Drama Houlang @ GenZ Tayangan Premier 14 Mei 2023

Drama: Gen Z / Hou Lang
Chinese Title: 后浪 / Hou Lang
Broadcast Network: Dragon TV
Broadcast Website: Youku

Broadcast Date: May 14, 2023
Air Time: Daily Primetime Drama 19:30 (2 eps) except Fri-Sat 22:00 (1 ep), online 22:00 for VIP, Daily (1 ep) for non-VIP (See Viewing Calendar)
Genre: Life, Medical, Modern, Romance
Language: Mandarin
Episodes: 40

Director: Han Xiaojun
Screenwriter: Liu Liu
Production Company: Youhug Media, Youku
Origin: China

Youhug Media akan menayangkan Drama China terbaru Houlang @ GenZ di saluran mereka di Youtube mulai malam ini 14 Mei 2023. 


Youhug Media ialah  syarikat produksi untuk Houlang  @ GenZ dan berkerjasama dengan Youku. Boleh subscribe channel Youhug Media di Youtube untuk mengikuti drama ini.

Houlang  @ GenZ  yang berjumlah 40 episod berkisar mengenai TCM @ chinese medicine. Pelakon utama Wu Gang, Zhao Lusi dan Luo Yinzhou. 



Saya copy paste info pasal Houlang @ GenZ. 

A story about promulgating Chinese medicine follows a twenty-something woman who is all alone in this world. A professor looking to pass on his knowledge of traditional Chinese medicine to the younger generation takes her under his wing. However, she doesn't get along with his son who is also in the same class.

Ren Xinzheng (Wu Gang), a professor at a university for Chinese Medicine dedicated to spreading his knowledge to youths, has resigned from his job to start a new class in the hopes of cultivating successors who can truly inherit the way of traditional Chinese medicine.

Sun Toutou (Zhao Lusi) who is in her twenties has no family. She does not ask about the past nor hope for the future. She accidentally runs into trouble because of an incident where she stands up for what's right. Ren Xingzheng helps her in time, learns about her story and lets her join his traditional Chinese medicine class so she can restart her life. Since then, Sun Toutou who used to care about nothing embarks on the path of studying under the tutelage of Ren Xinzheng.

No one expected that Sun Toutou and Ren Xingzheng's son Ren Tianzhen (Luo Yizhou) would dislike each other from the start causing a lot of trouble for themselves. The road of mentorship is long and difficult with master and apprentice having very different personalities. Sun Toutou continues to grow in the face of obstacles to gradually fall in love with the magnificent culture of traditional Chinese medicine. She and Ren Xingzheng go from being enemies to having a mutual understanding and eventually cherishing each other.

In the process of searching, the master preaches and solves the doubts, allowing the students to find their own destiny; through their kindness, bravery, and youthful passion, the students inspire the master to teach. Sun Toutou together with her teacher and classmates walk together on the road of chasing their dreams.

Types of ladybugs

Upload gambar ni kat blog sebab comel sangat. Rupanya banyak jenis ladybirds ni yer. 

Saya rasa pernah jumpa beberapa  jenis jer. 













Credit animalspot

09 May 2023

Coldplay: “Music Of The Spheres” World Tour — Kuala Lumpur

Wahhh... Coldplay nak buat konsert kat Malaysia. Saya bukan fan mereka tapi saya tahu Park Shin Hye amat minat dengan Coldplay. Cold knowledge, saya merupakan iron fan PSH sejak 15 tahun lepas. 

Coldplay tidak buat konsert di Korea tahun ini. Saya ingat lagi PSH pernah di'bash' oleh antis/'haters' kerana menunjukkan minatnya di media sosial terhadap Coldplay secara terbuka. Pada mereka artis tidak boleh buat begitu kerana kononnya menggunakan statusnya sebagai artis popular untuk mendapatkan tiket konsert.


Berikut saya copy paste info dari livenation  pasal konsert ni.
.................................................

Coldplay: “Music Of The Spheres” World Tour — Kuala Lumpur

EVENT DETAILS

City: Kuala Lumpur

Show Date (s): 22 November, Wednesday

Show Time: 8.30 pm

Venue Name: National Stadium Bukit Jalil

Venue Address: Jalan Barat, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Payment method: Only VISA & MASTERCARD CREDIT Card or DEBIT Card

CIMB Bank is the Official Main Sponsor of the Music Of The Spheres World Tour Kuala Lumpur. CIMB cardholders can access an exclusive ticket presale on Tuesday, 16 May from 10am until 11:59pm.




07 May 2023

Koleksi Bunga Raya

Pokok Bunga Raya merupakan antara pokok bunga kegemaran saya. Dulu jumlah pokok bunga raya cukup banyak. Kini banyak yang dah pupus. 

Namun masih banyak memori tersimpan dalam storage komputer. Sebab tu bila bunga dah blooming, kita kena snapped ambil gambar. Nak preserved memory tu.




Saya suka bunga raya Coral ni. berseni dan kreatif rupa bentuknya.


Tiny Tina forever cute.



Dainty Pink dan White.



Bunga Kebangsaan Malaysia.


Dua Lapis.



Yang ni berlapis-lapis macam bunga ros.



Yang ni, walau nampak sama tapi tak serupa. Bahagian debunganya ada beza. Bila bagi baja jenis lain pulak, warna kuningnya ada stripe warna lain.





Tak banyak bunga kelopak besar. Ada sedikit. Tapi cantik betul. Sayang kembang tak lama.






Pisang Empat Puluh Hari/Pisang Boyan

Pokok pisang yang pertama saya tanam ialah Pisang Empat Puluh Hari atau ada yang menyebutnya Pisang Boyan. Popular ditanam di sebelah Johor....