Artikel ini disiarkan pada : 23/08/2012 oleh hmetro.
Saya upload kembali artikel ini di sini kerana ada "sentimental value" Ha...Ha...Ha...
BERDASARKAN sambutan hebat yang diterima terhadap van Milo yang menjalankan kempen pensampelan khususnya di sekolah seluruh Malaysia dan acara tertentu terutama berkaitan sukan sejak bertahun lalu, Nestle Products Sdn Bhd (Nestle) memperkenalkan produk terbarunya, Milo Sejuk yang mempunyai rasa sama seperti van sampel Milo itu di pasaran semasa.
Pengarah Eksekutif Unit Perniagaan Kopi dan Minumannya, Don Howat berkata, sejak bertahun van sampel Milo yang mengunjungi sekolah sering menjadi perhatian dan kelazatan Milo yang diberikan secara percuma ternyata menjadi antara tarikan utama khususnya di kalangan kanak-kanak.