Pokok pisang yang pertama saya tanam ialah Pisang Empat Puluh Hari atau ada yang menyebutnya Pisang Boyan. Popular ditanam di sebelah Johor.
Gambar Pisang Empat Puluh Hari tu macam ni :
Buah pisang merekah atau pecah sebab waktu tu cuaca panas sangat.
Sebenarnya aktiviti menanam pisang ni baru jer lagi. Saya memang minat gardening sejak dulu lagi terutama menanam pokok bunga.
Kemudian mula tanam pokok jenis herba dan sayur. Pokok buah tak banyak mana sebab tidak ada tanah. Sekadar tanam pokok buah dalam pasu/tong cat besar sahaja.
Tahun lepas, setelah berpindah ke rumah baru, adalah serba sedikit tanah untuk bercucuk tanam 'direct' atas tanah. Maka dapatlah merealisasikan impian saya untuk menanam pokok pisang.
Sulur atau anak pokok :
No comments:
Post a Comment