24 March 2023

Minum Air Kosong Dapat Merawat Penyakit Merbahaya

 


Tabiat minum air kosong ketika perut kosong adalah salah satu tabiat yang sangat baik. Rasulullah SAW juga sering mengamalkan minum air kosong selepas bangun sahaja dari tidur setiap pagi.

Ia adalah popular di Jepun hari ini untuk minum air dengan serta-merta selepas bangun dari tidur setiap pagi. Di samping itu, ujian saintifik telah membuktikan nilainya. Kami menyiarkan penerangannya di bawah ini penggunaan air untuk para pembaca. Bagi penyakit lama dan serius serta penyakit moden rawatan air telah didapati berjaya oleh masyarakat Jepun perubatan sebagai ubat 100% bagi penyakit-penyakit berikut:

Kebaikan Minum Air Kosong

Kita semua dah tahu tentang kebaikan minum air kosong, tetapi pengulangan maklumat baik untuk peringatan diri kita sendiri, tidak begitu? Jadi untuk ke sekian kalinya....anda digalakkan minum air kosong atau air masak bukan air manis sebab ada banyak kebaikannya pada diri kita.


Antara kebaikan tersebut :
  • Seimbangkan sistem pencernaan, saraf dan kandungan cecair badan supaya badan sihat dan jauh dari penyakit dan fungsi seharian tidak terganggu.
  • Mencantikkan kulit, kulit lebih licin dan berseri akibat ketiadaan toksin dalam badan
  • Mengurangkan berat badan melalui peningkatan metabolisme sebanyak 24% jika diminum pada awal pagi, sekurang-kurangnya 16 aun air sejuk
  • Tingkatkan pengeluaran darah dan otot yang baru
  • Minum air sewaktu perut kosong memudahkan penyerapan zat makanan
  • banyak lagi sebenarnya.....

Kita digalakkan minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari tetapi sebenarnya ia tidak tepat sebab jumlah sebenar bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda buat. Jika anda seorang buruh yang bekerja di bawah panas matahari, mesti minum lebih daripada 8 gelas. Jika pergi travel kat Jepun pada musim salji tentulah minum air kurang daripada 8 gelaskan? 

Jangan minum air berlebihan pulak sebab dikhuatiri mengganggu aktiviti seharian anda. Mana tidaknya asyik ke tandas jer...kalau menahan diri dari buang air kecil juga tidak baik kepada badan anda. Waktu ini toksin tetap tinggi dalam badan anda. Jadi berpada-padalah kalau minum air.

Ada yang sarankan minum air bercampur secubit garam atau beberapa titis perahan limau/lemon. Fungsinya ialah untuk mencerdaskan badan melalui penggantian elektrolit dengan cepat. Kalau tidak, boleh minum 100 Plus atau minuman isotonik yang lain.

Kandungan elektrolit di dalam air-air inilah yang menyebabkan sesiapa yang badannya lemah akibat sakit atau letih, kembali sihat dan cergas...Insyaallah.

Apa itu elektrolit?

Elektrolit ialah ion yang terhasil apabila sesuatu campuran terlarut dalam air akan membentuk elektrolit yang berupaya membawa elektrik. Dalam kimia, ia memerlukan elektrod (katod dan anod) untuk mengalir elektrik melalui sambungan wayar (litar). 

Dalam biokimia, elektrolit dalam cecair badan berfungsi untuk memekatkan / mencairkan kandungan cecair badan. Kehadiran ion yang tinggi akan memekatkan cecair dan seterusnya mengawal tekanannya seperti dalam darah. 

Ion-ion dalam elektrolit juga penting dalam menolong lain-lain proses seperti penghadaman yang memerlukan kofaktor dsb. 

Jadi manusia memerlukan garam dan mineral untuk mengimbangi badan kita. Individu yang muntah dan cirit-birit berlebihan boleh mengakibatkan kehilangan ion yang berlebihan dan badan akan menjadi lemah. 

Sumber :  Wikipedia

Khasiat Air Kelapa Muda

 


Seperti yang di ketahui ramai, kelapa sememangnya mempunyai seribu satu kegunaan. Keseluruhan pokok kelapa termasuk airnya turut memberikan khasiat kepada tubuh badan manusia. 

imej oleh usahasuksesmandiri.blogspot.com

Antara khasiat air kelapa muda untuk kesihatan anda ialah :  

Air kelapa sebagai minuman isotonik kerana ia membekalkan tenaga dan mengandungi nutrien penting seperti kalsium, potasium, magnesiumsodium, riboflavin, klorida dan elektolit.  

Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolesterol. Malah ia dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) di dalam badan.

Air kelapa berunsur alkali dan mampu meneutralkan kandungan asid yang tinggi dalam badan manusia. Oleh itu ia dapat menstabilkan PH dalam badan anda. 

Berguna untuk ibu-ibu yang mengandung bagi mencantikkan kulit bayi dan mudah bersalinIa juga dikatakan dapat memperbanyakkan air ketuban bayi.

Dapat mengelak tubuh dari terhidrasi dengan menambah kandungan air dalam badanmemberi tenaga kepada badan anda seterusnya meningkatkan stamina badan.

Ia membantu melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh dan membawa oksigen ke sel badan manusia.

Air kelapa turut digunakan sebagai minuman diet kerana fungsinya sebagai minuman isotonik dapat membantu mengurangkan berat badan seseorang tanpa menjejaskan bekalan nutrien penting kepada badan.
 
Air kelapa dapat meningkatkan sistem imunisasi di dalam badan bagi melawan penyakit.

Dapat mengubati pelbagai penyakit  seperti selsema, demam campak, demam panas  dan demam kuning pada bayi.  Risiko mendapat penyakit kanserbuah pinggang dan batu karang dapat dikurangkan jika minum air kelapa muda. Ia juga dikatakan berkesan untuk mengawal AIDS.

Selain itu, ia dapat mengawal kandungan gula di dalam darah, jadi amat sesuai diminum oleh pesakit diabetes.
 
Ia dapat mengeluarkan toksid di dalam badan dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.  
Mengatasi mabuk dan keracunan makanan seperti cendawan, udang, ketam dan jering.

Bagi yang panas badan, boleh minum air kelapa kerana ia dapat menyejukkan badan di samping menstabilkan suhu badan.

Berfungsi membersihkan sistem pencernaan dalam badan dan mengelaknya daripada tersumbat. 

Bersifat antigen, jadi berkesan untuk mengubati parut akibat terbakar, jerawat, gatal-gatal badan dan sebagainya.

Salah satu bahan rahsia menyedapkan masakan seperti kari, gulai dan rendang.

Folio Sejarah : Alat - Alat Kebesaran DiRaja.

Ini adalah  Folio Sejarah anak saya, pelajar Tahun 5 beberapa tahun yang lepas dan pihak Sekolah membenarkan ibu bapa membantu pelajar menyiapkan Folio ini. 

Markah Folio merangkumi 20% daripada markah keseluruhan peperiksaan akhir untuk Sejarah.

Berikut antara perkara yang menarik minat saya. Ada banyak sebenarnya, tetapi adalah wajar saya berkongsi perkara ini dulu. Insyaallah saya akan kongsikan beberapa perkara lain jika berkesempatan. Semoga ia dapat memberi manafaat kepada sesiapa yang berminat tentang Warisan Melayu.


 ALAT-ALAT KEBESARAN DIRAJA 

Tengkolok Diraja 


TENGKOLOK merupakah salah satu pakaian kebesaran Raja-Raja Melayu di Malaysia yang berwarna hitam bersulam benang emas dan dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Hari Pertabalan. 

Tengkolok Diraja Yang di-Pertuan Agong berwarna hitam bersulamkan benang emas. Soleknya dinamakan "Dendam Tak Sudah" yang berasal dari Negeri Sembilan 


Muskat 


MUSKAT merupakan pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Pegawai-Pegawai Istiadat Istana Negara. 

Pada kebiasaannya, baju ini dipakai bersekali dengan seluar panjang bersulam di kaki dan tengkolok dalam majlis-majlis sempena Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, lawatan-lawatan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke negeri-negeri seluruh Malaysia dan Perasmian Penggal Persidangan Parlimen. 


Keris Pendek Diraja 


KERIS PENDEK DIRAJA adalah diperbuat daripada mata keris lama dengan berhulu dan bersarungkan gading yang bertatahkan emas. Ia hanya dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. 


Pending Diraja 



PENDING DIRAJA ini diperbuat daripada emas sepuluh mutu bertatah dan bersulamkan dengan permata delima dan di tengah-tengahnya pula tertera lambang Kerajaan Persekutuan. Tali bengkungnya diperbuat daripada kain sakhlat bertekat berbunga-bunga dengan benang emas. 


Gandik Diraja 



GANDIK (TIARA) dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong semasa istiadat-istiadat kebesaran Diraja dan pada waktu Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Gandik ini diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan permata berlian berbunga awan larat dan diperbuat khas supaya boleh dicerai menjadikannya loket dan kerongsang. 


Kalung Diraja 


Rantai leher yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan permata berlian. Dipakai dalam istiadat-istiadat kebesaran Diraja dan pada waktu Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Kalung ini juga boleh dicerai menjadikannya sepasang subang, kerongsang dan kerabu. 


Keris Panjang Diraja 


KERIS PANJANG DIRAJA adalah alat kebesaran negara yang utama dalam istiadat pertabalan. Keris Panjang Diraja adalah Keris Kerajaan dan merupakan tanda kebesaran dan kekuasaan. 

Keris ini, dari hulu hingga ke sarungnya bersalut dengan emas dan di atas sampirnya diterapkan lambang Kerajaan Persekutuan dan lambang sebelas Negeri-negeeri Tanah Melayu. Matanya ditempa daripada besi waja yang diambil daripada sebelas bilah keris negeri-negeri itu. Hulu keris ini berbentuk Tapak Kuda dengan hiasan yang merupakan buah jering. 

Keris ini hanya dibawa oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam istiadat-istiadat tertentu sahaja. 


Cogan Alam 


COGAN ALAM diperbuat daripada perak. Panjangnya 162.66 sentimeter berupa suatu bulatan di atas hulu tongkat. Di atas bulatan ini diperbuat anak bulan dengan bintang daripada emas. Di sekeliling bulatan ini diterapkan dengan lambang sebelas Negeri-negeri Tanah Melayu yang diperbuat daripada emas. Bulatan tersebut ditanggung oleh empat lembaga harimau yang berdiri manakala tongkatnya dihiasi dengan enam tangkai padi yang diperbuat daripada emas. 


Cogan Agama 



COGAN AGAMA diperbuat daripada perak. Panjangnya 155.04 sentimeter berupa sebatang tongkat bulat berhulu besar. Di atas hulu tongkat itu diperbuat anak bulan dengan bintang pecah lima daripada emas. Pada batang dan hulunya diterapkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran. 


Cokmar 


COKMAR adalah dua batang tongkat pendek berhulukan kubah merupakan alat perang zaman dahulu. Cokmar diperbuat daripada perak dan panjangnya adalah 81.32 sentimeter. 


Pedang, Keris Panjang dan Sundang Diraja 


PEDANG, KERIS PANJANG dan SUNDANG DIRAJA adalah tiga senjata Melayu lama yang dijadikan sebahagian daripada alat kebesaran Diraja iaitu diambil daripada mata pedang, keris panjang dan sundang zaman purbakala. Keris Panjang dan Sundang pula disalut dengan perak serta berukir-ukir pada hulu dan sarungnya. 


Payung Ubur-ubur Kuning dan Tombak Berambu 

Terdapat dua puluh kaki Payung Ubur-ubur Kuning yang diperbuat daripada kain sutera yang berwarna kuning. Di kemuncaknya dipasangkan anak bulan dengan bintang. 


Di samping itu terdapat dua puluh batang Tombak Berambu yang matanya berlok tiga diperbuat daripada tombak-tombak pusaka dari sebelas buah negeri di Semenanjung Malaysia. 



Lain-Lain  Alat Kebesaran DiRaja: 

Nobat 


NOBAT ialah ‘pancaragam’ Diraja yang telah digunakan dari zaman berzaman di Negeri-negeri Melayu terutamanya untuk Istiadat Pertabalan Raja-raja. Antara alat-alat bunyian Nobat ialah Gendang, Nafiri, Serunai dan Gong. 

Negeri-negeri Melayu yang mempunyai Nobat ialah negeri Perak, Kedah, Selangor dan Terengganu 


Panji-Panji Diraja 


PANJI-PANJI DIRAJA yang berwarna kuning mempunyai Jata Malaysia di tengah-tengah yang dikelilingi oleh dua karangan padi. Warna kuning ialah warna Diraja. Karang padi yang berwarna keemasan melambangkan kemewahan atau kemakmuran.

~ Maklumat dari pelbagai sumber internet

Tanda-Tanda Awal Autism

Berikut merupakan sebahagian tanda-tanda awal Autism. Setiap anak-anak autism mempunyai spektrum (spektrum = pelbagai) yang berbeza namun berkongsi beberapa ciri yang hampir serupa. 

Jika anak anda mempunyai KEBANYAKAN ciri-ciri seperti di bawah ini segeralah berjumpa doktor.











credit to Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi

Pisang Empat Puluh Hari/Pisang Boyan

Pokok pisang yang pertama saya tanam ialah Pisang Empat Puluh Hari atau ada yang menyebutnya Pisang Boyan. Popular ditanam di sebelah Johor....