Showing posts with label Pesta Buku. Show all posts
Showing posts with label Pesta Buku. Show all posts

27 May 2023

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (PBAKL2023)


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (PBAKL2023) dijadualkan pada cuti sekolah tahun ini bermula pada 26 Mei hingga 4 Jun 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).  

Pelbagai aktiviti menarik diatur oleh penganjur dan peserta Pesta Buku dari 10 pagi hingga 10 malam. 

Oleh itu, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi acara ini.

Untuk kesenangan pengunjung, Stesen LRT PWTC mula beroperasi semula dari stesen Bandaraya. 

Manakala pengunjung boleh meletakkan kereta di tapak lama Hentian Putra di hadapan WTCKL dengan bayaran masuk sebanyak RM3 sahaja.

Pisang Empat Puluh Hari/Pisang Boyan

Pokok pisang yang pertama saya tanam ialah Pisang Empat Puluh Hari atau ada yang menyebutnya Pisang Boyan. Popular ditanam di sebelah Johor....