26 December 2019

100 Kalori Kekacang (Nuts) Untuk Diet

Kekacang atau Nuts dikatakan sangat bagus dimakan sebagai snek semasa diet atau dalam proses menurunkan berat badan. Ia ada kandungan lemak mono tidak tepu (monounsaturated) atau lemak baik, serat dan juga protein. Walau bagaimanapun, sebolehnya elak dari makan Kekacang atau Nuts terlalu banyak. Makan yang mentah (raw) dan bukan masin (unsalted)

Berikut merupakan berapa banyak atau portion sebenar jenis kekacang yang berlainan dengan nilai kalori yang sama iaitu 100 kalori.

credit image @cheatdaydesign

100 kalori kekacang atau Nuts bersamaan :

3 brazil nuts
5 macadamia nuts
8 walnuts
9 pecans
11 cashews atau kacang gajus
11 hazelnuts
14 almonds atau badam
23 peanuts atau kacang tanah
25 pistachios

Credit image : Svetlana Lukienko - shutterstock.com

Almond atau Badam adalah pilihan terbaik untuk diet kerana kaya kandungan omega 3, tinggi fiber dan protein. Almond atau Badam juga bagus untuk organ badan seperti jantung, otak dan buah pinggang kerana ia dapat merendahkan risiko serangan sakit jantung, diabetes  dan kanser. 

Wajarlah ia tersenarai di tempat pertama sebagai Kekacang atau Nuts yang paling popular dan yang paling bagus untuk diet. 

#nuts
#calorie

24 December 2019

Dokumentari 'Humanimal' - MBC

'Humanimal'(휴머니멀) adalah satu projek dokumentari dari MBC Korea sempena ulangtahun MBC yang ke 58. 'Humanimal' menceritakan kisah kehidupan, kematian dan konflik keseimbangan hidup antara manusia dan haiwan. Ianya berunsur "wildlife" seperti siri 'National Geographic.' 


“Humanimal” diarahkan oleh Kim Hyun Ki yang pernah mengarah 'Antarctic Tears', 'Amazon Tears' dan 'Bears'

'Field Presenter' atau Pengacara di lokasi adalah aktor dan aktress terkenal Korea iaitu Ryu Seung Ryong, Yoo Hae Jin dan Park Shin Hye.

Park Shin Hye

Ryu Seung Ryong

Yoo Hae Jin

Manakala Kim Woo Bin membuat tv comeback sebagai narrator selepas 2.5 tahun berehat dari aktiviti seni akibat masalah kesihatan.


Documentari 'Humanimal' akan ditayangkan dalam 3 bahagian melalui 5 episod dan meliputi konflik di antara manusia yang dengan sengaja membunuh haiwan sebagai hobi dan satu pihak lagi yang berjuang untuk melindungi haiwan.

Penggambaran 'Humanimal' mengambil masa lebih 10 bulan di 11 buah Negara seperti : Botswana, Zimbabwe, Afrika Selatan, Kenya, US, Thailand dan Jepun.  

Episod 1 'Humanimal'  dijadualkan pada 6hb Januari 2020 pada jam 8:55pm KST (Korean time)

Manakala episod ke 2, 3, 4 dan 5 'Humanimal' akan ditayangkan setiap Khamis mulai 9hb Januari pada 10:55pm KST.

Watch Humanimal (with English subs) at Viki :

Fan Art Poster

Credit ginny via DC

Maklumat lanjut semasa dan selepas siaran 'Humanimal' boleh didapati di pelbagai saluran di bawah :

Official Website 

Pisang Empat Puluh Hari/Pisang Boyan

Pokok pisang yang pertama saya tanam ialah Pisang Empat Puluh Hari atau ada yang menyebutnya Pisang Boyan. Popular ditanam di sebelah Johor....