Showing posts with label Wildlife. Show all posts
Showing posts with label Wildlife. Show all posts

24 December 2019

Dokumentari 'Humanimal' - MBC

'Humanimal'(휴머니멀) adalah satu projek dokumentari dari MBC Korea sempena ulangtahun MBC yang ke 58. 'Humanimal' menceritakan kisah kehidupan, kematian dan konflik keseimbangan hidup antara manusia dan haiwan. Ianya berunsur "wildlife" seperti siri 'National Geographic.' 


“Humanimal” diarahkan oleh Kim Hyun Ki yang pernah mengarah 'Antarctic Tears', 'Amazon Tears' dan 'Bears'

'Field Presenter' atau Pengacara di lokasi adalah aktor dan aktress terkenal Korea iaitu Ryu Seung Ryong, Yoo Hae Jin dan Park Shin Hye.

Park Shin Hye

Ryu Seung Ryong

Yoo Hae Jin

Manakala Kim Woo Bin membuat tv comeback sebagai narrator selepas 2.5 tahun berehat dari aktiviti seni akibat masalah kesihatan.


Documentari 'Humanimal' akan ditayangkan dalam 3 bahagian melalui 5 episod dan meliputi konflik di antara manusia yang dengan sengaja membunuh haiwan sebagai hobi dan satu pihak lagi yang berjuang untuk melindungi haiwan.

Penggambaran 'Humanimal' mengambil masa lebih 10 bulan di 11 buah Negara seperti : Botswana, Zimbabwe, Afrika Selatan, Kenya, US, Thailand dan Jepun.  

Episod 1 'Humanimal'  dijadualkan pada 6hb Januari 2020 pada jam 8:55pm KST (Korean time)

Manakala episod ke 2, 3, 4 dan 5 'Humanimal' akan ditayangkan setiap Khamis mulai 9hb Januari pada 10:55pm KST.

Watch Humanimal (with English subs) at Viki :

Fan Art Poster

Credit ginny via DC

Maklumat lanjut semasa dan selepas siaran 'Humanimal' boleh didapati di pelbagai saluran di bawah :

Official Website 

Pisang Empat Puluh Hari/Pisang Boyan

Pokok pisang yang pertama saya tanam ialah Pisang Empat Puluh Hari atau ada yang menyebutnya Pisang Boyan. Popular ditanam di sebelah Johor....