02 August 2012

KUIH TRADISIONAL MELAYU

Saya tertarik hati dengan 'status update' oleh Datuk Dr Maznah Hamid di facebooknya hari ini berkenaan Kuih Tradisional Melayu. 
---------------------------------------------

Kata  Datuk Dr Maznah Hamid  :

"BERBANGGALAH DENGAN KEHEBATAN KUIH-KUIH TRADISIONAL KITA YANG BEGITU UNIK
Siapa kata kuih-kuih Traditional Kita kurang hebatnya.

Lihat saja nama-nama Unik dan luarbiasa yang telah dicipta sekian lama.



Yang mana satu kesukaan dan kegerunan Anda?!


Kuih paling gangster= Lompat Tikam

Kuih paling seksi= Puteri Mandi
Kuih paling keji= Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda= Seri Muka
Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk
Kuih paling degil = Lepat Liat
Kuih import = Almond London
Kuih yg memalukan = Bau Lu
Kuih yg diharamkan = Dua Sebilik
Kuih yg romantis = Pulut Romance
Kuih pembawa penyakit = Abuk-Abuk
Kuih paling berbahaya = Kuih Bom
Kuih paling tenteram = Kuih Makmur
Kuih suka lempang = Kuih Lompang
Kuih dalam zoo = Badak Berendam
Kuih Polis trafik = Kuih Sampreeeeettttttt
Kuih paling lembab / slow = Kuih Siput..
Kuih takut untuk dimakan = NAGAsari
Kuih paling style = Kuih CARA
Kuih untuk mekap = Tepung Gomak
Kuih berlagu = Qasidah
Kuih ala hispanic = Kuih Lopez
Kuih paling kaya = Jala Emas
Kuih paling jauh = Kuih Bulan
Kuih suka pow = Pau
Kuih bangun sendiri = Kuih Bangkit
Kuih bajet gebu = Apam Gebu
Kuih Mami Penang Lip Lap Lip Lap = Kuih Gelang

Apa kata kalau kita komersialkan kuih tradisi kita yg unik yang hebat ini..."

 --------------------------------------------

Ohhh! Tengok gambar kuih tu pun dah keluar air liur...dalam bulan puasa lak tu. Saya memang peminat kuih, tahu makan tetapi tak tahu buat. You know A big M!!! 'Triple Ha'....You know that.....

Antara kuih yang saya suka ialah kuih tradisional Kelantan seperti Akok, Cik Mek Molek, Buah Tanjung, Gerodok, Kosu (Kuih Lompang), Lompat Tikam, Nekbat, Pulut Bakar, Belebat dan kuih-muih lain seperti Tepung Talam pelbagai jenis, Ondeh-Ondeh (Buah Melaka), Pulut Inti dan sebagainya.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui rupa kuih tradisional ini, jadi saya copy paste gambar di bawah dari beberapa blog seperti blog fzmenu , zainal-tajudin, kelateori untuk tatapan pembaca.

belebat

cik mek molek

kosu atau kuih lompang

lompat tikam
Gerodok
Akok

Akan saya 'update'kan beberapa gambar kuih tradisional lagi pada masa hadapan, insyaallah.

No comments:

Post a Comment

Pisang Empat Puluh Hari/Pisang Boyan

Pokok pisang yang pertama saya tanam ialah Pisang Empat Puluh Hari atau ada yang menyebutnya Pisang Boyan. Popular ditanam di sebelah Johor....