Kelebihan mengamalkan Ayat Seribu Dinar
- Ayat ini jika diamalkan setiap kali selepas solat sebanyak 3x, Insyaallah anda akan beroleh seribu faedah.
- Sesiapa yang mengamalkan ayat ini Allah akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah akan menyampaikan segala hajatnya, sekiranya beramal dengan bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung daripada segala bala di darat dan di laut.
- Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3x dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan dijampi pada air sebanyak 3x diberi minum, Insyaallah si pesakit akan sembuh.
- Jika mengalami masalah berat seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara maka beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah .
- Jika bertempur menentang musuh pula, Insyaallah hamba Allah tersebut tidak akan binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudarat dari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
- Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
- Baca ketika hendak tidur 3x,
- Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya 3x
- Selepas mengetahui hikmat ayat ini, eloklah kita amalkan, hafalkan dan fahamkan maknanya sekali sebagai bekalan kita menghadapi segala kesukaran hidup yang tidak dijangka pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment