A blog about Everything Such as Health, Gardening, Cooking, Actress that I Love : Park Shin Hye(Korean) and Zhao Lusi (Chinese), New Products and Services, Contests, Freebies, Events and Advertising Tools.
24 March 2023
Minum Air Kosong Dapat Merawat Penyakit Merbahaya
Kebaikan Minum Air Kosong
Kita semua dah tahu tentang kebaikan minum air kosong, tetapi pengulangan maklumat baik untuk peringatan diri kita sendiri, tidak begitu? Jadi untuk ke sekian kalinya....anda digalakkan minum air kosong atau air masak bukan air manis sebab ada banyak kebaikannya pada diri kita.
- Seimbangkan sistem pencernaan, saraf dan kandungan cecair badan supaya badan sihat dan jauh dari penyakit dan fungsi seharian tidak terganggu.
- Mencantikkan kulit, kulit lebih licin dan berseri akibat ketiadaan toksin dalam badan
- Mengurangkan berat badan melalui peningkatan metabolisme sebanyak 24% jika diminum pada awal pagi, sekurang-kurangnya 16 aun air sejuk
- Tingkatkan pengeluaran darah dan otot yang baru
- Minum air sewaktu perut kosong memudahkan penyerapan zat makanan
- banyak lagi sebenarnya.....
Khasiat Air Kelapa Muda
imej oleh usahasuksesmandiri.blogspot.com |
Air kelapa sebagai minuman isotonik kerana ia membekalkan tenaga dan mengandungi nutrien penting seperti kalsium, potasium, magnesium, sodium, riboflavin, klorida dan elektolit.
Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolesterol. Malah ia dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) di dalam badan.
Air kelapa berunsur alkali dan mampu meneutralkan kandungan asid yang tinggi dalam badan manusia. Oleh itu ia dapat menstabilkan PH dalam badan anda.
Berguna untuk ibu-ibu yang mengandung bagi mencantikkan kulit bayi dan mudah bersalin. Ia juga dikatakan dapat memperbanyakkan air ketuban bayi.
Dapat mengelak tubuh dari terhidrasi dengan menambah kandungan air dalam badan, memberi tenaga kepada badan anda seterusnya meningkatkan stamina badan.
Ia membantu melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh dan membawa oksigen ke sel badan manusia.
Air kelapa turut digunakan sebagai minuman diet kerana fungsinya sebagai minuman isotonik dapat membantu mengurangkan berat badan seseorang tanpa menjejaskan bekalan nutrien penting kepada badan.
Dapat mengubati pelbagai penyakit seperti selsema, demam campak, demam panas dan demam kuning pada bayi. Risiko mendapat penyakit kanser, buah pinggang dan batu karang dapat dikurangkan jika minum air kelapa muda. Ia juga dikatakan berkesan untuk mengawal AIDS.
Selain itu, ia dapat mengawal kandungan gula di dalam darah, jadi amat sesuai diminum oleh pesakit diabetes.
Berfungsi membersihkan sistem pencernaan dalam badan dan mengelaknya daripada tersumbat.
Bersifat antigen, jadi berkesan untuk mengubati parut akibat terbakar, jerawat, gatal-gatal badan dan sebagainya.
Salah satu bahan rahsia menyedapkan masakan seperti kari, gulai dan rendang.
Folio Sejarah : Alat - Alat Kebesaran DiRaja.
Ini adalah Folio Sejarah anak saya, pelajar Tahun 5 beberapa tahun yang lepas dan pihak Sekolah membenarkan ibu bapa membantu pelajar menyiapkan Folio ini.
Tanda-Tanda Awal Autism
Pisang Empat Puluh Hari/Pisang Boyan
Pokok pisang yang pertama saya tanam ialah Pisang Empat Puluh Hari atau ada yang menyebutnya Pisang Boyan. Popular ditanam di sebelah Johor....
-
Kekacang atau Nuts dikatakan sangat bagus dimakan sebagai snek semasa diet atau dalam proses menurunkan berat badan. Ia ada kandungan lema...
-
Pusingan Tanaman atau Crop Rotation ialah sistem tanaman yang sudah wujud lama, hampir seusia dengan kewujudan asal makanan itu sendiri. Jik...
-
Ini adalah Folio Sejarah anak saya, pelajar Tahun 5 beberapa tahun yang lepas dan pihak Sekolah membenarkan ibu bapa membantu pelajar meny...